Program ini akan dilaksanakan secara hybrid iaitu online melalui platform Zoom Meeting dan offline di Level 22, Wisma Zelan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi sokongan dan taklimat mengenai bimbingan serta peruntukan kewangan kepada usahawan mikro agar mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih efektif.